Tuesday 27 November 2012

New Job :)

                                          Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua ^^
Lamanya tak update belog. Rindu. hihi. Zaty busy tak online tahu kenapa? Kay hari Isnin kan zaty takde paper. So member member ajak survey kerja kosong. So lepas study yang tak berapa nak study tu zaty pun pergi lah jalan jalan cari kerja dekat UO pusat bandar, so kena isi borang. Then baru minta dia dah panggil kitorang ajak pergi satu bilik. Ingat bilik apa tadi. Rupanya bilik ada meja besar, nak isi borang. haha. So dengan semangat nak kan kerja tu zaty pun dengan kawan isi borang dengan bersungguh sungguh haha. Tapi lenguh gila aa tangan sebab banyak sangat nak kena isi. Sabar jelaa. Dalam hati " Confirm dapat punya" haha. So bila dah siap isi hantar borang dengan penuh harapan then terus blah. Lepas tu dengan penuh semangat zaty pun pergi ke tempat yang seterusnya. *Poyo* haha.Lepas mohon UO zaty blah kejap jumpa kawan. Kawan kawan zaty yang pergi cari kerja, haha. Yang kelakarnya, kawan zaty pergi survey satu tempat ni. Nama kedai tu 'Anakku' then bila dia masuk je dia pun berkata ' kak, ada jawatan kerja tak' haha. Dedo punya pasal sampai salah cakap. Then dia pun cakap ' ada jawatan kosong tak' akak tu pun berkata 'takde dek' kawan pun berkata 'habis dekat luar cakap ada kerja kosong' akak tu pun berkata ' ops! lupa nak tanggalkan' haha. Punah harapan kawan zaty. Then dia pun masuk KFC minta kerja, dapat borang.haha kena isi. Zaty pun dapat. Then bila masing masing dah kepenatan lalu ternampak sebuah bangku berhampiran. Masing masing melepaskan kepenatan setelah tawaf mencari karja di pusat bandar haha. Kitorang pun naik tingkat tiga sambil berjalan jalan. Zaty pun ternampak watsons. Kawan zaty si mira tu beriye nak masuk. Sampai je depan pintu watsons.Kalau korang perasan aa kan if ada teramik barang dalam kedai tu akan bunyi mesin. Kononnya pencuri mencuri aa kan, haa mira baru nak masuk watsons dah bunyi mesin tu. haha zaty baru nak angkat kaki masuk tapi tak masuk lagi dah berbunyi mesin tu. Ayoyo habis akak watsons tu panggil kitorang. Zaty seram gila. Di tuduh secara tiba tiba mencuri haha. *Sadlife* yang sedihnya bila beg zaty kena mesin tu terus berbunyi. Tapi korang tahukan zaty baik ? Zaty tak mencuri. Tak jejak masuk watsons lagi kot padahal, haha. Senarnya hasrat hati nak pergi watsons nak cari pekerjaan yang halal. haha. Tak pasal pasal tu jang terjadi. Fuhh muka tebal beb. Then akak tu pun amik beg zaty cek cek semua. Then bila zaty keluar kan beg tu dah tak bunyi. Padahal mesin dia yang rosak. Zaty yang kena. *Sadlife* *hantuk kepala dekat dinding* arghh, stress betul. Then akak tu minta maaf. haha. Yang penting zaty tak buat pape okay. Lepas ni *fobia* nak jejak watsons. haha. Haa lepas pergi watsons. Zaty terfikir fikir dan hasrat hati nak minta dekat MCD pasir gudang. Dapat juga borang. Harapan cerah beb. haha. Lepas tu pergi survey BookTalk dengan Al ikhsan. Dah penat terus ajak papa balik rumah. Malam lepas je mandi dapat call 019 *** *** haha. Zaty ingat ada mamat mana nak usya zaty. Rupanya supervisor Al Ikhsan. Dia nak amik zaty kerja situ rupanya. Dah happy gila gaban masa tu.Then dia nak zaty masuk rabu( Esok). Tapi mama nak zaty kerja isnin. Ada banyak nak settlekan. Then tadi call dia, dia cakap dia dah ada orang baru *sad life* takde rezeki kan :( Then tadi masa balik sekolah dapat call dari UO suruh zaty masuk kerja hari isnin haha. Zaty ye kan je. Tadi pergi mekdi pasir gudang hantar borang. Dia terus cakap ' awak nak masuk kerja bila' hahaha kan dah cakap harapan cerah :) So dengan rasminya zaty dapat masuk kerja tepat pukul 4.00 pm pada hari Ahad bersamaan dengan 2 Disember 2012. haha dengan gembiranya dan senang hati. haha. So dah tak payah nak fikir apa. Ops! Fikir lesen kereta. 1 Disember 2012 daftar kereta dekat Ah Teck haha. Tak sabarnya nak bawa kereta.haha aummmmmm! So sekarang dah nak habis paper khamis, Ahad masuk kerja. *New life* haha. So agak gerun senarnya, Yelaa pertama kali masuk alam pekerjaan hehe, So pada warga Pasir Gudang datanglah ke MacDonald Pasir Gudang berhadapan sekolah pasir gudang 1, sebelah Petronas. haha So wish me luck yea. So zaty dah penat menaip sekarang. Zaty hentikan story zaty sampai sini je. Assalamualaikum. Muah!Muah

P/s : Welcome to new life zaty :D

No comments:

Post a Comment