Wednesday 28 November 2012

Benci kau peragut !

Assalamualaikum semua :')
Harini 28/11/2012 hari yang malang untuk zaty. Nak tahu kenapa? Okay zaty story dari mula. Zaty dengan member zaty Mira plan nak pergi Jusco Tebrau. Nak beli barang. Then sampai dekat highway pasir gudang macam biasa banyak lori,kereta,motor. Yelaa jalan sesak juga aa. Tapi tak seberapa sesak. So dah sampai dekat plentong rasanya zaty ada tertengok side miror ada sorang lelaki naik RxZ warna biru. Zaty perasan lama dia follow zaty. Dari dekat plentong tak silap. Then zaty tak terfikir dia ada niat jahat. Zaty pun buat takde pape. Sebab tak baik bersangka buruk kan? So bila dah sampai depan jusco tebrau zaty dah nak masuk simpang motor tu terus pecut and himpit zaty and terus rampas beg zaty. Zaty tergamam gila , nak menangis pun dah tak boleh sebab terkejut..Zaty cuba kejar motor tu tapi dah tak dapat dikesan. Zaty pun jadi tak tentu arah. Nasib tahu jalan balik Pasir Gudang. Then zaty dengan member plan nak pergi buat report polis. Zaty pun pergi IPD Seri Alam. Sampai sampai ada polis tu usha haha. Ingat nak layan ? Otak dah longgar gila. Tak fikir apa dah.Zaty terus masuk balai polis buat report. Zaty terpakse call pengawal perbadi zaty Azidie. Then masa call dia dah risau teruss datang IPD jumpa zaty. First time kena macam ni. Then dia teman zaty. Lepas dah siap buat report zaty plan nak pergi blocked number zaty 014 *** ***. Then zaty pun pergi maxis centre. Sampai maxis centre dia teman zaty. Zaty pergi tapi akak tu suruh pergi taman molek. So dah petang sangat, plan esok jelaa pergi dengan papa. Lepas tu zaty plan dengan member nak pergi rumah kawan zaty sebab dia cakap peragut tu kacau kacau dia guna number zaty. Zaty dengan kawan yang lain pun gerak rumah Ketod. Zaty pergi then sampai je peragut tu call dia, zaty dah geram zaty call semula habis zaty basuh dia. Zaty kalau dah menyirap memang mulut tak boleh kawal. Kawan zaty cakap dia stim layan ganja. Cibai ! Zaty dah maki maki, dia letak phune. Zaty just nak dia pulang dokumen penting. Tu je :( Tapi entah laa. So tadi ramai dah kawan kawan zaty kena kacau guna number zaty. Dia cakap nak topap, nak jumpa bagai. Kawan zaty pergi topapkan dia, Siall game kawan aku! Tadi zaty cakap dekat papa yang dia kacau kawan kawan zaty. Papa geram terus call polis. Polis tu cakap dia call numb zaty tapi tak angkat. So polis tengah detect number zaty dekat mana. Nanti pape hal dia call papa. So sekarang zaty tawakal. Mybe ada hikmah semua ni jadi. Zaty sedih sangat :'( Pada peragut bertopeng biantang aku doakan kau mampus cepat! Kau tak guna aa hidup dekat dunia ni susahkan orang. Sial weyy perangai! So sekarang polis tengah detect kau! Kau tunggu je pembalasan nya.Kalau dekat dunia kau terlepas, akhirat sana pasti tak. Kau tunggu ! So pengajaran zaty dapat tak boleh letak handbag dalam bakul motor. Okay. So zaty dah fobia dengan apa yang terjadi harini. Doakan ye peragut tu dapat dikesan :') Okaylah, zaty nak tidur, esok pagi banyak hal zaty nak kena buat. Doakan zaty tau :') Zaty nak cakap thanks dekat kawan kawan yang tak henti henti bagi support. Thanks juga zidie hantar sampai dekat rumah. Dah tak larat nak bawa motor weyy. Thanks a lot. Okaylah, assalamualaikum :')

Tuesday 27 November 2012

New Job :)

                                          Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua ^^
Lamanya tak update belog. Rindu. hihi. Zaty busy tak online tahu kenapa? Kay hari Isnin kan zaty takde paper. So member member ajak survey kerja kosong. So lepas study yang tak berapa nak study tu zaty pun pergi lah jalan jalan cari kerja dekat UO pusat bandar, so kena isi borang. Then baru minta dia dah panggil kitorang ajak pergi satu bilik. Ingat bilik apa tadi. Rupanya bilik ada meja besar, nak isi borang. haha. So dengan semangat nak kan kerja tu zaty pun dengan kawan isi borang dengan bersungguh sungguh haha. Tapi lenguh gila aa tangan sebab banyak sangat nak kena isi. Sabar jelaa. Dalam hati " Confirm dapat punya" haha. So bila dah siap isi hantar borang dengan penuh harapan then terus blah. Lepas tu dengan penuh semangat zaty pun pergi ke tempat yang seterusnya. *Poyo* haha.Lepas mohon UO zaty blah kejap jumpa kawan. Kawan kawan zaty yang pergi cari kerja, haha. Yang kelakarnya, kawan zaty pergi survey satu tempat ni. Nama kedai tu 'Anakku' then bila dia masuk je dia pun berkata ' kak, ada jawatan kerja tak' haha. Dedo punya pasal sampai salah cakap. Then dia pun cakap ' ada jawatan kosong tak' akak tu pun berkata 'takde dek' kawan pun berkata 'habis dekat luar cakap ada kerja kosong' akak tu pun berkata ' ops! lupa nak tanggalkan' haha. Punah harapan kawan zaty. Then dia pun masuk KFC minta kerja, dapat borang.haha kena isi. Zaty pun dapat. Then bila masing masing dah kepenatan lalu ternampak sebuah bangku berhampiran. Masing masing melepaskan kepenatan setelah tawaf mencari karja di pusat bandar haha. Kitorang pun naik tingkat tiga sambil berjalan jalan. Zaty pun ternampak watsons. Kawan zaty si mira tu beriye nak masuk. Sampai je depan pintu watsons.Kalau korang perasan aa kan if ada teramik barang dalam kedai tu akan bunyi mesin. Kononnya pencuri mencuri aa kan, haa mira baru nak masuk watsons dah bunyi mesin tu. haha zaty baru nak angkat kaki masuk tapi tak masuk lagi dah berbunyi mesin tu. Ayoyo habis akak watsons tu panggil kitorang. Zaty seram gila. Di tuduh secara tiba tiba mencuri haha. *Sadlife* yang sedihnya bila beg zaty kena mesin tu terus berbunyi. Tapi korang tahukan zaty baik ? Zaty tak mencuri. Tak jejak masuk watsons lagi kot padahal, haha. Senarnya hasrat hati nak pergi watsons nak cari pekerjaan yang halal. haha. Tak pasal pasal tu jang terjadi. Fuhh muka tebal beb. Then akak tu pun amik beg zaty cek cek semua. Then bila zaty keluar kan beg tu dah tak bunyi. Padahal mesin dia yang rosak. Zaty yang kena. *Sadlife* *hantuk kepala dekat dinding* arghh, stress betul. Then akak tu minta maaf. haha. Yang penting zaty tak buat pape okay. Lepas ni *fobia* nak jejak watsons. haha. Haa lepas pergi watsons. Zaty terfikir fikir dan hasrat hati nak minta dekat MCD pasir gudang. Dapat juga borang. Harapan cerah beb. haha. Lepas tu pergi survey BookTalk dengan Al ikhsan. Dah penat terus ajak papa balik rumah. Malam lepas je mandi dapat call 019 *** *** haha. Zaty ingat ada mamat mana nak usya zaty. Rupanya supervisor Al Ikhsan. Dia nak amik zaty kerja situ rupanya. Dah happy gila gaban masa tu.Then dia nak zaty masuk rabu( Esok). Tapi mama nak zaty kerja isnin. Ada banyak nak settlekan. Then tadi call dia, dia cakap dia dah ada orang baru *sad life* takde rezeki kan :( Then tadi masa balik sekolah dapat call dari UO suruh zaty masuk kerja hari isnin haha. Zaty ye kan je. Tadi pergi mekdi pasir gudang hantar borang. Dia terus cakap ' awak nak masuk kerja bila' hahaha kan dah cakap harapan cerah :) So dengan rasminya zaty dapat masuk kerja tepat pukul 4.00 pm pada hari Ahad bersamaan dengan 2 Disember 2012. haha dengan gembiranya dan senang hati. haha. So dah tak payah nak fikir apa. Ops! Fikir lesen kereta. 1 Disember 2012 daftar kereta dekat Ah Teck haha. Tak sabarnya nak bawa kereta.haha aummmmmm! So sekarang dah nak habis paper khamis, Ahad masuk kerja. *New life* haha. So agak gerun senarnya, Yelaa pertama kali masuk alam pekerjaan hehe, So pada warga Pasir Gudang datanglah ke MacDonald Pasir Gudang berhadapan sekolah pasir gudang 1, sebelah Petronas. haha So wish me luck yea. So zaty dah penat menaip sekarang. Zaty hentikan story zaty sampai sini je. Assalamualaikum. Muah!Muah

P/s : Welcome to new life zaty :D

Tuesday 20 November 2012

Study study study -,-

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh 
Harini zaty tak sekolah. So enjoy haha. Esok dah sekolah haha. Esok exam science. So tadi macam biasa pergi perpustakaan study ramai ramai. Rajinkan ? hehe tapi yang lemahnya bila dah pergi perpustakaan memang tak study aa. Habis yang datang semua belek phune lah, bergosip lah. Haih -,- haha masing masing dah takde masa nak lepak. Bila lepak je jumpa kawan tu yang bergosip je. hehe. So tadi memang betul apa yang zaty cakap. Datang perpustakaan tak study sangat. Tapi diorang je aa. Zaty rajin haha. So esok pada korang korang yang amik exam science tu goodluck lah ya. So zaty tinggal lagi 2 paper je aa. Esok science, perdagangan dengan seni. Fuhh lama weyy nak habis. Dah tak sabar boleh. haha.Fuhh tadi pergi library ramai betul kawan yang kenal. Haha. Siap ada yang nak minta kenal pun ada. haha. Tapi zaty jual mahal. Orang cakap jadi perempuan kena jual mahal sikit. haha So dah magrib ni. Zaty nak mandi, nak solat. Malam nak study pulaa. Okaylah. Baii. Assalamualaikum :)

P/s: Goodluck :)

Monday 19 November 2012

Hope cepat sembuh Izul :)

Assalamualaikum awak awak
Niat hati nak stalker pesbuk izul. Bila buka je wall kawan kawan izul cakap semoga izul cepat sembuh. Ya allah, apa dah jadi dekat izul ? Zaty baca ada yang cakap izul terjatuh masa main futsal. Terhentak kepala. Kawan izul cakap izul dekat hospital kulai. Ya allah, apa dah jadi dengan awak ni. Hmm  :'( zaty jauh kalau tak dah lama zaty melawat awak. Zaty cuma boleh berdoa hope izul cepat sembuh okay and takde apa apa yang berlaku dekat Izul. Amin.

20/11/2012 : Continue continue. Sambung cerita pasal Izul. Malas nak buatt yang baru. hehe. Haa Semalam zaty baru lepas call izul senarnya. Dah lega bila dapat dengar suara dia. Lagi lagi dapat dengar dia ketawa. Tu pun dah lega aa.. Semalam izul dah cerita macam mana dia boleh  masuk hospital. Kesian awak. hehe. Yelaa kena amik exam dalam hospital ye :)
Takpe lah, kenangan tahun 2012 tahun last awak exam spm. Asyik exam dekat sekolah je sekali sekala exam dalam hospital hehe. Semalam izul cakap dia tak boleh banyak fikir,nanti berdenyut kepalanya. So awak tak payah lah banyak fikir ye. Jaga kesihatan awak baik baik. Rehat secukupnya tau hehe. So awak jaga diri. Take care, pastikan takde lagi peristiwa ni jadi hehe. Klaah. Baii

P/s : Semoga cepat sembuh awak :')

I hate you Thief !

                                                     Assalamualaikum and hai geng
Actually gambar ni zaty bukan tuju dekat korang yang tengah baca blog zaty ni. Zaty tuju dekat perompak yang pecah masuk rumah atok zaty! Zaty cerita dari mula kay kenapa and apa yang terjadi semalam pagi.Okay semalam lepas pukul 10 malam zaty study agama. Zaty tetiba mengantuk and tidur. Plan nak bangun pukul 3 nak sambung study. Zaty pon set jam aa kan. Yelaa nak bangun pagi nanti. Dah nyenyak tidur pukul 3 zaty bangun sambung study. Sampai pukul 3.30 lepas tu zaty tidur sebab dah tak tahan gila mata ni. Bila nak tidur je mama pun kejut and cakap ' akak,bangun rumah atok kena pecah masuk' Zaty yang baik baik nak tidur mengantuk boleh segar semula bila dengar macam tu. Papa bangun siap bawa parang keluar rumah. Bila sampai je rumah atok tengok semua tengah sedih. Yelaa lagi lagi atok , terkejut bila jadi macam ni. Selalu sengar kes rumah orang je kena pecah masuk Cop! Nak cerita pasal perompak jahanam tu ni. Semalam makcik tersedar dalam pukul 3 bunyi bising dekat dapur. Bunyi orang ompel pintu kuat gila. Tapi makcik still diam je. Tak gerak mana mana sebab takut. Then makcik cakap lama juga dia nak ompel pintu rumah atok sebab atok punya pintu pakai gril. So tu yang susah. Yang cerdiknya perompak ni dia cabut mentol belakang rumah atok. Yelaa nanti takde orang nampak dia buat kerja. Lepas tu dah lama sikit, atokbak (atok lelaki) keluar bilik and buka lampu. Lepas tu sampai je depan pintu perompak tengah buka pintu. Lepas tu maktok keluar bilik sebab dengar bunyi bising dekat dapur. Then bila dah kecoh dengar atokmak menjerit minta tolong makcik yang tidur semua terjaga. Semua dah panik kot bila tengok perompak tu pegang parang. Parang dah atas kepala beb. Siapa tak panik. Perompak tu pakai topeng. Atok cakap ada 3 orang. Yang paling atok nampak perompak tu tinggi, kurus. Eee geram pulak! Bila atok semua dah keluar perompak yang pegang parang tu tiba tiba mengigil masa dia depan atok. Lepas tu dah panik dia blah. Bangang punya orang! Apa motif kau haa masuk rumah orang pagi pagi ? Buang masa je. Sama je kalau kau kantoi. Buang masa kau. Kesian gila tengok tokbak. Tangan dia luka sebab bergesel dengan pintu masa perompak tu tolak pintu. Eeee! Dah banyak kes pecah masuk rumah. Zaty rasa ni memang orang yang sama. Memang zaty doakan satu hari nanti kau akan tertangkap jugak! Makcik lagi sorang dah attect 3 orang mat endon ni. Biar aa kau cepat cepat kena tangkap! Kerja taknak , menyusahkan orang je. Kalau jadi apa apa  dekat family atok memang kau tak hidup aman lah perompak. Bangang ! So zaty and family tengah dalam ketakutan. Yelaa dah banyak sangat kes macam ni jadi dekat sini. Apa lah nak jadi dengan orang orang ni kan. Hmm dah tak ingat dosa agaknya. Kau tunggu balasan nanti dekat akhirat. Yelaa kau lari macam mana sekalipun kau tak ingat tuhan nampak apa kau buat. Kau tunggu je. Satu hari kau dapat balasan. Hmm okaylah. So korang korang tu berhati hati. Zaman sekarang ni macam macam boleh jadi. Keselamatan penting k. Jaga diri korang. Bak kata pepatah ..
              'SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA'
So tu je yang zaty nak story malam ni. Zaty dah mengantuk ni. Zaty tidur dulu. Assalamualaikum.

P/s : Kau jangan ingat kau akan terlepas perompak jahanam ! -,-

Saturday 17 November 2012

Kawan baru

                                                                  Assalamualaikum
zaty nak continue sikit lagi haha. Semalam zaty dapat kawan baru tau. Tapi dia kawan atul senarnya, atul ajak diorang study samasama. So zaty yang tak kenal diorang pon boleh kenal. haha. Semalam kitorang berempat pergi study sama semalam. Tapi kan library tak buka. pukul 2.15 baru buka. So atul and the geng ajak pegi karoke haha. Nak release tension katanya. Tapi tengok dia menyanyi semalam memang terserlah tension dia. haha Habis bergegar bilik karoke tu bila dia mengeluarkan suaranya yang seiras dengan itik hehe.  
                                                                  So inilah jadinya ..

Tengok tu, tension kan muka dia? haha. Atul atul Lepas je habis tiga lagu yang didendangkan atul dan kawan sebelahnya, kitorang teruskan misi kitorang yang sebenarnya. Kitorang terus menuju ke library untuk menelaah pelajaran spm yang bakal kitorang tempuh isnin ni haha. Tengok lah aksi atul seterusnya..

Haa , sempat lagi berposing cik atul ni haa. Nak study ke apa? Phune pun sebelah. haha mana boleh focus kalau asyik meseg je atul hoi. Contohi kawan kau si baju hijau tu. haha. Sampai je library terus buka buku and setady. haha. Apa zaty tanya semua boleh jawab. padahal 2 soalan je tanya haha.Cerjadikan awek awek dekat bawah ni contoh. Lagi lagi si tudung pink tu haa. Tekun je mengajar ye. haha

Haa baru semangat ni. haha. Tapi tengok lah bawah

Pun sama 2x5 haha. Tapi zaty amik gambar lepas setady. Bukan tengah setady okay. haha. So ni je yang zaty nak story. haha okaylah. Assalamualaikum :)





Friday 16 November 2012

Hi saya Zaty

                                                    Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Fuhh lama seyy tak update blog. haha Rindu pulak tangan nak menaip. haha sekarang zaty dah pro tau menaip. Dah tak payah tengok keyboard pon boleh haha. Teror tak teror tak ? Papa zaty pon kalah. Dia pon nak taip tengok keyboard haha. Eh zaty kena latih menaip dari sekarang. Nanti dah sambung belajar nak buat aassignment senang. Dah tak payah nak terhegeh hegeh lagi haha. Alaaa senarnya zaty bosan. Tu yang rajin nak menaip. Hmm cuti seminggu ni seminggu lah tutup buku. haha act zaty semalam baru lepas pergi library ataupun nama melayunya perpustakaan. haha zaty pergi study dengan kawan zaty atul. Sampai awal tapi library tak bukak. 2.15 baru buka. Err -,- tepu seyy haha nasib ada kebayan. Lepak dekat kebayan aa apa lagi. Maklumlah hari jumaat kan. Lepas 2.15 fuhh library pon full. Nasib ada tempat yang kekosongan lagi. haha. Tapi siap aa  masuk je library ada je orang yang dikenali. haha. Ada sorang awek ni ingat dia nak pegi dekat zaty nak salam sebab zaty salam kawan zaty. Jap lagi dia nak letak barang. Zaty main capai je tangan dia. haha dia pon pelik. Zaty cover cakap takpe laa salam je haha. Tapi yang pelikknya dia cakap 'ni zaty ehh' haha zaty pon tak tahu dia sape. Takpelaa kan. Hmm jap jap nak tanya ni. Lelaki kalau nampak perempuan bertudung memang bagi salam ehh? haha semalam ada lah mamat ni nampak zaty dengan kawan zaty dia bagi salam. Tapi zaty tak jawab. haha bukan sombong. Tapi jawab dalam hati je. hehe. Konon bagi salam. Taktik nak mengayat lelaki. Nampak permainan dia ? haha. Nak tahu tak ?Sebenarnya zaty tak sabar gila nak habis paper 29/11/2012 besamaan dengan hari khamis. Lepas je spm habis akan datangnya satu perasaan. Perasaan suka dan sedih. Yelaa suka sebab spm dah habis. Tak payah nak fikir belajar. haha lepas tu tak payah dengar papa mama membebel tak baca buku kan? haha freedom okay.Tapi yang sedihnya lepas ni dah tak macam masa dekat sekolah. Dah jarang jumpa kawan kawan. Masing masing semua study jauh. Huaaaaa :'( sedihnyaaaaaa. Tapi takpe lah , kita kena keluar after spm. Kata sir Jega. Jangan nak merempit pusing pusing cahaya baru,kota masai. haha jangan pulak kerja dekat Oyeah kedai motor haha. Lawak lawak. Hmm lepas ni zaty nak sambung belajar dekat Melaka. Orang cakap situ best tau haha. Lepas spm korang nak kerja apa ? Zaty pon tak tahu , tengah memikirkannya. Mama suruh zaty amik lesen kereta laa. Baru kerja. Lama lagi. hehe so lepas dapat lesen kereta baru boleh cari kerja. Location mencari kerja : searching. haha bila tanya member macam macam tempat dia nak. Ada ke patut nak kerja dekat Jusco. Jauh weyy. Haha kalau boleh nak dekat dekat je. haha hmm okaylah. Lepas dah rindu nak menaip ni haa. Tangan pun dah lenguh haha. Cop! Isnin ni student spm exam paper agama islam kan ? So good luckk okay korang :) Okaylah assalamualaikum semua :)